Friday, February 18, 2011

Contest Si Dia Istimewa.

Hola peeps! Harini rasa macam malas nak buat pape entry tapi tadi ternampak ada contest, tu yang tiba-tiba jadi rajin nak buat 1 entry. Hehe. Contest yang ke-3 Lily nak join, titlenya adalah Contest Si Dia Istimewa.


Syarat-syaratnya adalah:

1. Buat satu (1) entry tentang contest ni ye. Then letak gambar kekasih hati masing-masing & banner seperti di atas. Perlu diingatkan, sila letak gambar si dia sahaja & bukannya gambar kamu bersama si dia.

2. Cerita tu hendaklah dalam bentuk perenggan.Ulang suara, dalam bentuk perenggan tau kawan-kawan.

3. Tag tiga (3) orang kawan-kawan. Pastikan mereka tahu.

Hadiah: Sangat lumayan untuk tiga (3) orang pemenang.
Tarikh tutup: 18/3/2011

For more info please visit: Filalicious Kingdom


My Story begin...................


Pemilik hati saya yang bernama Mohd Hafiz bin Mazalan

Kita kenal secara tak sengaja kan, masa tu tahun 2008. Awak kawan dengan Boy, awak terpaksa ikut dia sebab dia nak pinjam kereta awak nak pergi berbuka puasa dengan kami. Masa dalam kereta awak Boy kenalkan kat kami nama awak Hafiz, saya tegurlah "Hai Hafiz!" tapi awak senyap tak cakap apa-apa, saya pun cakap la dalam hati yang awak ni sombong!

Masa dalam kereta tu Boy pegang hp awak, saya terkejut sangat sebab saya nampak gambar saya jadi wallpaper hp awak & awak nak cover malu awak terus rampas hp awak dari Boy. Tapi lepas tu saya cakap dalam hati, "kau jangan la nak perasan, tu gambar awek dia la. Maybe lebih kurang je dengan gambar kau!". Masa kat Melaka kita dah mula berkawan, awak macam tak nak sembang sangat dengan saya sebab masa tu saya tak habis-habis contact bf(masa dulu) saya. Ada pulak malam tu saya gaduh dengan dia, buat malu je awak tengok saya nangis. Haish

Lepas balik dari Melaka baru saya tahu awak pernah miss call saya. Saya mesej say thanks kat awak, lepas tu kita terus melarat dok mesej-mesej sampai saya lupa kat bf sendiri. Awak kejut saya bangun pagi pergi kelas & macam-macam lagi. Awak betul-betul care pasal saya.

Masa part 2 saya ada failed 3 paper, saya dah menangis-nangis nak quit sebab tak boleh terima. Then awak pujuk saya macam-macam supaya saya tak quit, awak suruh saya struggle & kesiankan family yang dah banyak habiskan duit untuk saya. Alhamdulillah, result part 3 saya sangat cantik sebab saya dapat 3 pointer & clear semua paper :)

Saya ni orang yang panas baran. Saya suka naik angin kat awak sedangkan awak tak salah apa-apa pun. Awak tetap bersabar dengan saya, awak tak marah balik & awak cool downkan saya. Saya orang yang kuat cemburu, awak tetap bersabar sampai sanggup patahkan sim card awak then guna sim card saya. Tu pun sebab ex girlfriend awak yang kacau kita. Saya selalu demam malam-malam, awak sanggup bangun pagi hantar saya pergi klinik, awak tunggu sampai semuanya setel & kadang-kadang sampai awak tak pergi kelas sebab nak bawak saya pergi klinik.

Awak tak pernah lupa birthday saya. Walaupun awak tengah takda duit, awak tetap akan bagi something untuk saya. Saya pernah cakap buat apa membazir duit, then awak cakap "awak sanggup buat apa-apa sahaja untuk orang yang awak sayang & awak hanya nak saya happy". Awak pernah datang KL dari Pontian sebab nak jemput saya balik Segamat. Masa tu saya baru sihat dari demam panas & saya rasa terharu sangat masa tu.

Pernah sekali kita bergaduh dalam kereta, awak pujuk saya tapi saya tak layan. Awak drive je kereta awak dari Segamat ke Tangkak & tak nak hantar saya balik selagi saya tak ok. Pernah jugak awak pusing-pusing UiTM sampai 10 kali sebab nak pujuk saya punya pasal. Sejak tu saya dah mula kurangkan perangai kuat cemburu walaupun pada dasarnya takda apa-apa yang berlaku. (Biasalah perempuan memang kuat cemburu ;p)

Ada orang pernah cakap yang couple lama ni selalunya pernah clash jugak beberapa kali. Walaupun kami dah couple lebih dari 2 tahun, tak pernah sekali pun kami clash. Awak pernah pesan masa hari pertama kita couple, jangan ada perkataan clash dalam hubungan kita sebab kalau sekali kita dah putus, hubungan kita takkan ok macam dulu lagi.

Sekarang ni dah 2 tahun lebih kita couple, saya rasa sangat selesa dengan awak sebab kita dah semakin kenal perangai masing-masing. Awak tetap Hafiz yang saya kenal sejak dulu. Awak orang yang sangat cool, awak tak pernah marah saya & paling saya bersyukur sangat sebab awak dapat bimbing saya jadi orang yang lebih baik & lebih menghargai pelajaran saya.

Dan sejak kita mula couple, saya dapat tahu yang awak memang dah lama suka kat saya. Tiap-tiap hari awak suruh Boy kirim salam kat saya. Awak memang ada miss call saya & siap amek gambar saya dari Boy then buat jadi wallpaper hp awak. Akhirnya kantoi jugak ye! haha


Ok done!

Harap-harap tuan punya contest berminat dengan cerita saya yang tak seberapa ini. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dikongsikan, tapi risau nanti ada orang tertidur kat laptop pulak. Haha ^_^

Random tagging:


p/s: Kami couple kidal :)

6 comments:

  1. sweetttt sgtt. btw , couple kidal? :) nice! hehe , thnx join ye.

    ReplyDelete
  2. salam...
    menarik cite awk..
    jom join contest sy jgk nak tak??

    http://penyisirrambut.blogspot.com/2011/02/contest-lompat-si-katak-lompat.html

    ReplyDelete
  3. hai awak :) saye da join awak :)http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/dari-manchester-ucapan-terima-kasih.html

    ReplyDelete
  4. gud luck dik..:)

    meh ke rumah,
    ~happy birthday damia~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete