Salam Maulidur Rasul semua! Harini ramai cuti ye, duduk rumah berehat dengan keluarga je la kan. Tadi Lily pergi pekan Segamat, tiba-tiba angin kuat & hujan lebat. Takutnya kalau hujan tak henti & banjir semula. Tapi alhamdulillah hujan sekejap je, sekadar untuk basahkan bumi Allah ni agaknya.
Tadi ada kawan sekolah rendah add facebook Lily, siap tag gambar sekolah masa darjah 6 dulu. Mak aih muka busuk giler, semuanya muka budak-budak & takda style langsung. Haha. buat bahan ketawa je la gambar tu. ^_^
Puas Lily tengok setiap nama yang ditag & bila view profile diorang, Lily macam tak percaya sebab diorang lengloi & lengcai belaka. Sangat jauh berbeza la muka diorang & cikgu-cikgu pun still muda & cantik lagi.
Ni la muka-muka busuk kami. Yup Lily sekolah rendah cina. Lily satu-satunya budak Melayu dalam kelas & Lily jadi penolong ketua kelas masa darjah 6. So kawan-kawan memang tak lupa dekat Lily walaupun kami berkawan selama 2 tahun sebab Lily masuk sekolah tu masa darjah 5.
Tak sangka ramai jugak yang dah kahwin & ada anak. Cepat betul diorang kahwin, tak tahu la bila turn Lily pulak.hehe. Ada sorang kawan lelaki tu dia couple dengan wife dia sejak sekolah menengah then tahun lepas diorang kahwin. Sangat sweet :)
Sekarang ni ada beberapa orang kawan Lily yang plan nak buat reunion class kami, yelah kan lepas 10 tahun kami dapat jumpa semula. Rasa seronok yang tak terhingga & rasa tak sabar-sabar nak jumpa diorang.
Sangat excited nak jumpa kawan-kawan lama. Nanti boleh sembang-sembang guna bahasa Mandarin semula, kat UiTM ni takda geng nak borak bahasa Mandarin. So Lily, get ready for reunion, dah boleh mula cari baju ni.haha ^_^
No comments:
Post a Comment