Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Contest..



Hah ni bukan contest Lily la. Tapi Kotex punye. Pernah dengar Kotex kan?? Lily sure mesti ramai yang guna product ni. Nama contest ni Kotex WOW Contest. Senang je contest ni, tapi untuk anak-anak gadis la ye. Cik abang sekalian tak boleh join la.hehe


Cara-caranya..

Korang kena kira ada berapa perkataan KOTEX dalam perkataan 'WOW' dekat form. Thats all! Lepas tu isi form & hantarkan form dengan paket Kotex korang. Tak kesah la pad or pantyliner.


Paling best, lagi banyak korang hantar lagi cerah peluang korang untuk menang taw. Best kan??? So cepat-cepat la join. Tarikh tutup 30 Jun 2011. Tinggal 1 bulan je lagi.

| Good Luck Girls! ^_^ |

Friday, February 18, 2011

Contest Si Dia Istimewa.

Hola peeps! Harini rasa macam malas nak buat pape entry tapi tadi ternampak ada contest, tu yang tiba-tiba jadi rajin nak buat 1 entry. Hehe. Contest yang ke-3 Lily nak join, titlenya adalah Contest Si Dia Istimewa.


Syarat-syaratnya adalah:

1. Buat satu (1) entry tentang contest ni ye. Then letak gambar kekasih hati masing-masing & banner seperti di atas. Perlu diingatkan, sila letak gambar si dia sahaja & bukannya gambar kamu bersama si dia.

2. Cerita tu hendaklah dalam bentuk perenggan.Ulang suara, dalam bentuk perenggan tau kawan-kawan.

3. Tag tiga (3) orang kawan-kawan. Pastikan mereka tahu.

Hadiah: Sangat lumayan untuk tiga (3) orang pemenang.
Tarikh tutup: 18/3/2011

For more info please visit: Filalicious Kingdom


My Story begin...................


Pemilik hati saya yang bernama Mohd Hafiz bin Mazalan

Kita kenal secara tak sengaja kan, masa tu tahun 2008. Awak kawan dengan Boy, awak terpaksa ikut dia sebab dia nak pinjam kereta awak nak pergi berbuka puasa dengan kami. Masa dalam kereta awak Boy kenalkan kat kami nama awak Hafiz, saya tegurlah "Hai Hafiz!" tapi awak senyap tak cakap apa-apa, saya pun cakap la dalam hati yang awak ni sombong!

Masa dalam kereta tu Boy pegang hp awak, saya terkejut sangat sebab saya nampak gambar saya jadi wallpaper hp awak & awak nak cover malu awak terus rampas hp awak dari Boy. Tapi lepas tu saya cakap dalam hati, "kau jangan la nak perasan, tu gambar awek dia la. Maybe lebih kurang je dengan gambar kau!". Masa kat Melaka kita dah mula berkawan, awak macam tak nak sembang sangat dengan saya sebab masa tu saya tak habis-habis contact bf(masa dulu) saya. Ada pulak malam tu saya gaduh dengan dia, buat malu je awak tengok saya nangis. Haish

Lepas balik dari Melaka baru saya tahu awak pernah miss call saya. Saya mesej say thanks kat awak, lepas tu kita terus melarat dok mesej-mesej sampai saya lupa kat bf sendiri. Awak kejut saya bangun pagi pergi kelas & macam-macam lagi. Awak betul-betul care pasal saya.

Masa part 2 saya ada failed 3 paper, saya dah menangis-nangis nak quit sebab tak boleh terima. Then awak pujuk saya macam-macam supaya saya tak quit, awak suruh saya struggle & kesiankan family yang dah banyak habiskan duit untuk saya. Alhamdulillah, result part 3 saya sangat cantik sebab saya dapat 3 pointer & clear semua paper :)

Saya ni orang yang panas baran. Saya suka naik angin kat awak sedangkan awak tak salah apa-apa pun. Awak tetap bersabar dengan saya, awak tak marah balik & awak cool downkan saya. Saya orang yang kuat cemburu, awak tetap bersabar sampai sanggup patahkan sim card awak then guna sim card saya. Tu pun sebab ex girlfriend awak yang kacau kita. Saya selalu demam malam-malam, awak sanggup bangun pagi hantar saya pergi klinik, awak tunggu sampai semuanya setel & kadang-kadang sampai awak tak pergi kelas sebab nak bawak saya pergi klinik.

Awak tak pernah lupa birthday saya. Walaupun awak tengah takda duit, awak tetap akan bagi something untuk saya. Saya pernah cakap buat apa membazir duit, then awak cakap "awak sanggup buat apa-apa sahaja untuk orang yang awak sayang & awak hanya nak saya happy". Awak pernah datang KL dari Pontian sebab nak jemput saya balik Segamat. Masa tu saya baru sihat dari demam panas & saya rasa terharu sangat masa tu.

Pernah sekali kita bergaduh dalam kereta, awak pujuk saya tapi saya tak layan. Awak drive je kereta awak dari Segamat ke Tangkak & tak nak hantar saya balik selagi saya tak ok. Pernah jugak awak pusing-pusing UiTM sampai 10 kali sebab nak pujuk saya punya pasal. Sejak tu saya dah mula kurangkan perangai kuat cemburu walaupun pada dasarnya takda apa-apa yang berlaku. (Biasalah perempuan memang kuat cemburu ;p)

Ada orang pernah cakap yang couple lama ni selalunya pernah clash jugak beberapa kali. Walaupun kami dah couple lebih dari 2 tahun, tak pernah sekali pun kami clash. Awak pernah pesan masa hari pertama kita couple, jangan ada perkataan clash dalam hubungan kita sebab kalau sekali kita dah putus, hubungan kita takkan ok macam dulu lagi.

Sekarang ni dah 2 tahun lebih kita couple, saya rasa sangat selesa dengan awak sebab kita dah semakin kenal perangai masing-masing. Awak tetap Hafiz yang saya kenal sejak dulu. Awak orang yang sangat cool, awak tak pernah marah saya & paling saya bersyukur sangat sebab awak dapat bimbing saya jadi orang yang lebih baik & lebih menghargai pelajaran saya.

Dan sejak kita mula couple, saya dapat tahu yang awak memang dah lama suka kat saya. Tiap-tiap hari awak suruh Boy kirim salam kat saya. Awak memang ada miss call saya & siap amek gambar saya dari Boy then buat jadi wallpaper hp awak. Akhirnya kantoi jugak ye! haha


Ok done!

Harap-harap tuan punya contest berminat dengan cerita saya yang tak seberapa ini. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dikongsikan, tapi risau nanti ada orang tertidur kat laptop pulak. Haha ^_^

Random tagging:


p/s: Kami couple kidal :)

Saturday, February 5, 2011

Contest: If I Have RM100


Ni entry yang ke 4 untuk hari ini. Gila meroyan apa aku ni buat banyak-banyak entry?hehe. Ok-ok. Tadi ada ternampak 1 contest milik aunimiyukie (sila click namanya untuk join).

Sebenarnya saja-saja nak cuba nasib join contest, kalau tak menang pun takpa. Yang penting pengalamannya.ececeh!

Antara syarat-syaratnya adalah:

1. Upload pic barang yang saya idamkan
2. Bagi sebab kenapa nak barang itu
3. Follow blog aunimiyukie (nak ramaikan kawan-kawan)
4. Buat entry tajuk "If I Have RM100"
5. Buat sidebar di banner dan linkkan terus ke entry contest
6. Tag 3 kawan
7. Tinggalkan comment & link di blog contest aunimiyukie

Tarikh tutup: 10 Februari 2011
Hadiah: Barang yang kita idamkan


So barang idaman saya adalah:

Yes beg Roxy. Nama beg itu ialah Jump Rope Bag. Harganya around RM90. Alah barang sales je kot. Kalau new arrival memang tak mampu la kan. Lainlah kalau ada sponsor.hehe

Saya nakkan bag Roxy tu adalah kerana designnya cantik, simple & sangat sesuai untuk digunakan dengan apa-apa pakaian tak kira lah kasual atau formal.

Kawan-kawan yang ditag adalah:

Ok Done! Semoga kemenangan berpihak kepada saya.hehe ^_^


Tuesday, February 1, 2011

Contest kami pose comey...


Yes saya nak join contest kat atas tu dari sorang awek blogger ni.
Namanya Amni.
Kalau nak join macam saya sila ke blog Amni ye.
Hadiahnya teramat lumayan dan senang untuk disertai.
Walaupun gambar yang akan dipertaruhkan tidaklah comey tapi saya nak mencuba nasib.

Amacam??? Ok tak? Ni gambar masa cousin tunang bulan 12 tahun lepas. Ye kami sepupu dan kami juga adalah kawan rapat. Rasanya sesuai tak dengan contest Amni tu??

Sebab saya join contest ni adalah kerana.... Saya saja-saja nak mencuba nasib dan nak rasa pengalaman join contest sebegini. Itu sahaja ^_^

Nak tag siapa ye?? Random la kan :)


Sunday, January 30, 2011

Contest lagi...


Contest datang lagi. Yang paling penting bukan contest giveaway la ye. Saya ni baru nak bertatih, so takda la contest sendiri.hehe. Niat hati terasa macam nak participate blogger lain punye contest tapi macam tak reti pulak.huhu

Nak kongsi sikit contest maggi kat atas. Macam biasa la contest yang sangat senang, kita just jawab soalan & kena beli productnya. Kat rumah korang mesti ada maggi kan?? So takda masalah la nak join contest ni.

Sila klik di sini untuk download borang soalannya ye. Nak bagi hint ni, soalannya kena matchkan nombor dengan tulisan cina kan, korang just gabungkan nombor yang paling banyak dengan tulisan cina paling banyak. Seterusnya begitu la.

GOOD LUCK ^_^

Saturday, January 29, 2011

Contest.

Saya blogger baru, tak mungkin la tiba-tiba saya buat contest kan.hehe.. Sebenarnya 2 hari lepas ada join 1 contest ni. Nama contestnya MILO® FUZE®: Jam-Packed Your Friends.

Ala milo fuze yang dalam iklan tv yang pack ramai-ramai dalam kereta mini cooper lama tu, pastu pasal pack baju yang tertinggal heel & pack barang-barang dalam stor. Semuanya pasal pack la!

Contest ni sangat simple dan sangat senang untuk menang. Just ringankan jari jemari anda ke facebook milo dan ikut sahaja instruction yang tertera.

Jangan risau jangan takot, contestnya memang senang. Tapi yang paling penting, korang kena beli milo fuze banyak-banyak la. Saya pembeli setia sejak diploma dulu sebab senang disediakan. Tuangkan milo dalam cawan, tuang air panas, kacau dan minum :)

Hadiahnya??? Haa ada play station 3, iphone 4, ipod, ipad & i apa entah lagi. Mesti terliur dengan hadiahnya kan?? So apa tunggu lagi, join la constest tu! Saya dah join, korang pun join la sekali ye ;)