Showing posts with label uitm segamat. Show all posts
Showing posts with label uitm segamat. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

final exam semakin hampir!!!


Selamat petang semua! Seperti biasa Lily memang jarang post entry. Rasanya 1 minggu 1 entry. Paling nazak 2 minggu 1 entry. Macam sekarang ni la.Haish. Nak buat macam mana kan sejak sambung bachelor ni hidup semakin busy. Tu belum kerja lagi. Rasanya langsung takde masa nak bace blog kot.huhu. Harap-harap tak la kan.

Nak share sikit ni. Siapa-siapa yang amek course Bachelor Accounting part 4 kat UiTM boleh share timetable final exam Lily ni. Start lambat habis lambat. Alahai. Lepas tu gap tak banyak. Giler weyh! Macam mana nak study CRG(Corporate Governance), MAF(ManagementAccounting) & FAR(Financial Accounting)??? CRG dah la paper theory & banyak benda kena hafal. MAF & FAR paper calculation dan dua-dua adalah KILLER PAPER untuk sem ni. OMG!!!


Nasib baik study week dah dilanjutkan jadi 1 minggu. So boleh la prepare paper yang gap tak lama tu. Tapi kesian kat adik-adik diploma sebab final exam diorang 1 minggu je. So bayangkan la dalam 1 hari akan ada 2 paper. Kesian-kesian! Harap-harap korang boleh buat especially adik-adik yang final year.

Lily start cuti semester 10 May after paper FAR. Lepas tu cuti selama 4 bulan sampai la 12 September sebab ada perubahan intake bagi semua IPTA. Masak la dok rumah. Tapi rasanya kerja / praktikal kot. Maybe kat Bursa Malaysia under Finance Department. Kakak recommend kan sebab dia kerja situ tapi department lain. So takde lah membazir masa kan. Dapat duit & dapat pengalaman kerja. Harap-harap termakbul la nak praktikal kat situ. :)

Lily bakal convo. Yeay!!! ^_^


Lily convo 19 May nanti. Sidang ke 10 (petang). Geng-geng memang ramai yang sesi petang. So mana kawan-kawan Lily yang sesi pagi tu kami suruh diorang tunggu sampai petang sebab nak tangkap gambar ramai-ramai.Hehe. Kesian mereka! Tak sabar nak pakai jubah, tak sabar nak pegang scroll, tak sabar nak naik pentas. Semuanya tak sabar la! Haha! Ye la penat lelah kita selama 3 tahun dah berbaloi. Alhamdulillah Syukur! :)



Lily akan cuba sedaya upaya untuk Bachelor Accounting ni. Memang orang cakap B.Acc sangat susah & Lily sendiri dapat rasakan. Tapi, walau sesusah mana pun Lily tetap akan bekerja keras. Lily harapkan lulus semua paper & dapat pointer yang bagus sebab makin naik semester makin susah. So masa part 4 ni la kita kena perform sehabis boleh. Ye Lily boleh! Doakan kejayaan Lily ye kawan-kawan! ^_^

Good Luck untuk semua kawan-kawan & blogger yang bakal menghadapai final exam. Semoga Allah memberi rezeki kejayaan kepada kita semua! Amin.

p/s: Ada ke mana-mana photographer yang baik hati boleh tangkap gambar Lily kat Putrajaya pakai jubah convo sambil buat jump shoot & baling topi? Wahh! Berangan sudah! Haha ;D

Monday, March 14, 2011

Bachelor Accounting.

Salam 1 Malaysia! :) Harini Lily letih sangat. Balik rumah terus terlena kat katil. Sedar-sedar dah pukul 7 malam. Sebenarnya nak share cerita pasal aktiviti budak-budak Bachelor Account. B.Acc ni terlalu susah & memerlukan pengorbanan masa yang banyak. Huargh! =.=

2 minggu lepas kami ada aktiviti 'Lets Excel with B.Acc' selama 2 hari di Melaka. Aktivitinya adalah slot pengenalan tentang subject-subject yang kami akan ambil untuk setiap semester, sukaneka, slot motivasi dan treasure hunt.

Nama group kami ialah 'WAKQ LU'. Maksudnya 'We Are King Queen Leader United'. Unik tak?? Perasan jap.hehe. Petang tu kami kena buat persembahan tentang nama group & trademark. Lepas tu ada games 'pemberita berkepala 3' & apa lagi entah. Sangat kelakar ok. Kawan-kawan Lily semuanya lucu-lucu belaka. ;p

Lepas asar ada sukaneka. Antara gamesnya adalah kaki batu, bowling special, waterball & cari kad dalam tepung. Kaki Lily ni sakit sungguh la lepas main kaki batu. Main bowling special bola tak jatuh pun.haha. Dah habis games semua ada yang kawan-kawan mandi laut. Nasib baik ms. Henny bagi. Kalau tak kempunan kawan-kawan Lily tu haa.hee


Malam pulak lepas dinner ada games word search & sudoku. Favourite Lily lah sudoku. Group kami group yang pertama siap. Terbaik wok! ^_^ Dah habis semua tu ada game telefon rosak. Group Lily jugak yang menang. Game terakhir untuk malam tu ialah buat persembahan kebudayaan. First time Lily nyanyi depan orang. Malu weh! =.=


Esoknya ada senam robik pukul 7 pagi. Dah habis senam robik ada game reka layang-layang. Group Lily ni kreative sikit. Kami buat wau bulan sebab bosan la nanti semua buat layang-layang.

Lepas breakfast ada slot motivasi. Penceramah tu lecturer accounting di UiTM Melaka. Beliau sangat pandai dan beliau ada berpesan, kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lagi susah dari kita. Kalau kita rasa kita pandai, ada orang lain yang lagi pandai dari kita. Kalau kita rasa kita cantik, ada orang lain yang lagi cantik dari kita.Sangat mendalam maksudnya.


Dalam pukul 11 pagi ada treasure hunt. Seperti biasa, group Lily jugak yang juara.hehe. Sangat happy taw. Lepas lunch ada sesi penyampaian hadiah. Group Lily dapat hadiah category group paling kreatif dan juara keseluruhannya adalah group "WAKQ LU'! Yeay! Suka sangat-sangat. Kami dapat 2 hamper besar dan share untuk 5 orang. Sangat banyak & sampai sekarang tak habis lagi.

Dalam pukul 1.15 tengah hari kami gerak balik ke Segamat. Sangat letih sampai semuanya tidur dalam bus. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan Lily sangat happy! ^_^



Monday, February 14, 2011

Busy macam menteri...

Hai kawan-kawan semua! Sihat tak?? Lily tak berapa sihat sebab asyik kene selsema je. Bila kat rumah sewa mesti selsema, kalau kat tempat lain tak selsema pulak. Tak faham betul la. Haish!

Esok cuti Maulidul Rasul Lily duduk rumah je. Korang ada pergi perarakan Maulidul Rasul ke??? Sepatutnya hari Rabu Lily ada test PSA tapi postpone sebab lecturer ada hal & tukar ke next week. Memang terbaik semua nak buat test next week kan, so boleh jadi gila sekejap!

Hari Jumaat ni kami ada lawatan ke KL. 6.30 pagi dah gerak dari Segamat sebab pukul 10.30 pagi ada appointment dengan MIA (Malaysia Institute of Accounting). Mak oii awal sungguh! Memang tidur dalam bus la nampaknya. Then lepas tu pergi kilang Gardinea di Shah Alam & lastly shopping kat Mid Valley.


Minggu depannya dah busy dengan banyak test 1. Get ready Lily!! 24/2 test Costing, 26/2 PTPTN datang UiTM Segamat, 27/2 common test Far & 28/2 test 1 Mgt. Terbaik wok! Tak tahu macam mana nak study nanti. Rasanya kena jadi robot kot biar tak letih & tak mengantuk. Huhu!

Weekend lepas tu ada camping BACSSA pulak. BACSSA tu Bachelor Accounting Students Association tau. Kami ada forum untuk every subject yang kami belajar untuk Bachelor Accounting sekarang ni. Next week lagi kena balik Seremban rumah abang sebab ada pelancaran MY1OS.

Hah korang tahu tak MY1OS tu ape??? Tak tahu??? Takpa-takpa. Kalau korang nak tahu korang kena stay tune la kat blog Lily ni. Dah sampai masa nanti Lily akan terangkan MY1OS tu ape kat korang semua. Tapi kalau korang tak sabar nak tahu MY1OS tu ape, korang pergi tanya pak cik google dulu ye.hehe ^_^


Busy kan hari-hari Lily?? Dah macam PM negara kita pulak busynya. Tapi itulah kenyataan aktiviti-aktiviti Lily sepanjang bulan ni & bulan depan. Assignment tak payah cakap, tak terkira & presentation pun sama. Sabar yo lah!

p/s: Lily rindu kat mak.huhu

Sunday, January 30, 2011

Segamat banjir.. Cuti sambung lagi tak?

Semalam air di Segamat makin naik. Ada kawan nak balik
ke JB ingat nak lalu Tangkak sebab banjir kat Segamat tapi Tangkak pun dah naik air & jambatan kat Jementah dah retak. Oh tidak!! Macam mana dengan rumah saya di Jementah?!

Kesian kat kawan saya tu. Jambatan dekat dengan UiTM memang dah tak nampak bentuk sungai. Tokong dekat dengan Taman Bendahara dah tinggal setengah. Masa call dia dengar bunyi hujan sangat-sangat lah lebat kat luar sana.


Kat pekan Segamat pun macam sengsara je dia nak lepas. Kesian kereta kancil dia.huhu..Sepanjang jalan penuh dengan air. Caah dah naik air, Tenang pun sama. Paling kesian kereta dia siap kena tarik kat tol truck sebab tak boleh gerak.Haih

Macam mana pula kami yang tengah bercuti ni?? Jalan lain nak ke Segamat semua dah banjir. Kalau nak balik jugak kene naik helikopter. Gila kau! Kalau sambung cuti nanti tarikh presentation semua dah lari pulak. Cuti semester nanti 4 bulan rasenya dah terlebih cuti tu.huhu

.Mobil pekan Segamat.


.Pizza Hut pekan Segamat.


.RHB Bank dekat dengan McD.


.Kat depan RHB Bank.


Gambar dari sorang brother kat FB.Tq :)

Friday, January 28, 2011

k.e.m.b.a.l.i

Hola-hola! Lama betul la tak mengarang di sini.haih..ok2. Jom kita cerita step by step ye.

Saya hilang kerana dapat sambung Bachelor in Accountancy (Hons.) di UiTM Segamat 'terchenta'. Actually dalam surat tawaran saya dapat
kampus Sri Iskandar, Perak tapi memang tak la nak pergi sana kan, nasib baik dapat tukar Segar-amat.

2/1/2011 register sebagai student B.Acc rasa sangat teruja.hehe(poyo kau!).
3/1/2011 ada taklimat untuk pelajar baru dan petang ada class. Malasnya saya nak pergi class sebab dah cuti 1 bulan lebih! minggu pertama settle hal fail peribadi & beli barang-barang dapur.

Oh ye untuk pengetahuan semua, saya menyewa di German Town yang teramat lah harmoni suasana rumahnya(sangat).

Students batch saya ada 26 orang je. Mula-mula ada 2 group, lepas tu gabung, lepas tu terabur pulak. Macam-macam hal lah! Dah macam bola ping pong kene pukul sana sini. Kalau tnya Isma dia pun pening.hehe ;)

Accumulated assignments saya adalah: Ctu553 tapi dah submit 28/1. Next Mgt534 & Bmd401. Presentations tak payah cakap. Minggu ke-2 dah kene present Crg & minggu ke-2 juga ada quiz Psa.huargh!

Selama 1 bulan sebagai pelajar B.Acc, saya terasa yang saya ni rajin sangat sebab selalu pergi library. Gila kau masa diploma dulu sepanjang 3 tahun sekali 2 je pergi library.

Berbalik kepada teratak indah saya di German Town, celcom boradband tiada line di sana ye. HARAP MAKLUM. Sebab tu dah berkulat blog saya nih. TAPI, Khamis(27/1) haritu, orang streamyx datang teratak kami pasang wi-fi. Terbaik wok!

Baru sesuai nama tempat German Town! Tapi tu la, datang pasang wi-fi masa aku nak balik KL kan, bagi je la ikan gapi kat kolam tu online.Ngek betul!

Akhir kata, semua itu adalah accumulated kisah saya sepanjang ketiadaan saya di blog yang berkulat ini. Di harap lepas ni boleh bersihkan sisa-sisa kulat dengan wi-fi baru.

|Ni la imej saya untuk Bachelor |
| Semoga terbuka hati untuk kekal pakai terus-menerus :) |


Air tangan: Lily Kamarudin

Friday, December 10, 2010

Unexpected result!


UiTM umumkan result boleh tengok 10 December 2010 on 9 a.m tadi tapi ada beberapa kawan-kawan yang bernasib baik boleh tengok result mereka pagi semalam (9 December). Ok congrats untuk yang dapat tengok! Tapi saya nasib malang tak dapat tengok awal.huhu


My feelings? Sebenarnya takda rase teruja atau sangat-sangat bersemangat nak tengok result sebab rase macam teruk so buat-buat tak tahu je dengan result.


Malam tadi pukul 12.30 a.m saje skodeng student portal tak perasan kat situ ada tulis dia hantar kat email & ada kawan yang dah dapat tengok kat email. Dengan hati keringnya log in la email.


Taraaa! Kat inbox ada ISIS. Huh nerbes2! Scroll ke bawah nak tengok (lu) / (ga) je sekali semuanya (lu) means semuanya lulus. Wah! Tengok pulak grade & pointer, sungguh tak ku sangka-sangka boleh dapat result yang sangat memberangsangkan tu.


Tak perlu la kau nak cerita gempak pulak kan! Haih.


Alhamdulillah semuanya clear dengan grade yang cantik. Before ni takut taxation & audit tapi nasib baik dua-dua ok. Lega! Malam tadi boleh tidur lena & senyum sampai ke otak telinga.


Allah dengar permintaan aku & Kau telah membantu aku. Terima Kasih Ya Allah. Itu lah ayat yang saya ucapkan lepas tengok result. Syukur!


Terima kasih juga kepada ibu tercinta kerana telah mendoakan anaknya ketika mak berada di Tanah Suci Mekah. Doa ibu adalah penawar segalanya. Terima kasih mak!


Terima kasih juga kepada adik-beradik yang banyak bagi semangat tidak kira dalam bentuk wang ringgit, tenaga & kritikan.


Terima kasih kepada Hafiz Mazalan my dear boyfie. Lebih 2 tahun bersama awak & awak telah berjaya membimbing saya. Thanks & love u.


Last but not least. Thanks a lot to all my dear friends sebab banyak membantu, mengajar, membimbing, bagi nasihat & bagi sokongan kepada saya terutamanya Hidayah Shaari. Awak kawan baik & kakak saya dunia akhirat. Ternyata keputusan saya untuk jauhkan diri dari 'mereka' adalah keputusan yang terbaik.

Berbaloi tidur lambat stay up buat assignment & study.

Berbaloi puasa dating dengan boyfie.

Berbaloi jarang balik rumah sebab jauh KL-Segamat.

Berbaloi pergi bilik kawan yang jauh untuk study sama-sama & minta tunjuk ajar.

Senag cerita berbaloi-baloi!!

Saya adalah graduates Diploma in Accountancy dari UiTM Segamat. Degree in Accountancy, wait for me baybeh! Rabu depan dapat result degree. I will work harder for You!

Much love; Lily K