Salam 1 Malaysia! :) Harini Lily letih sangat. Balik rumah terus terlena kat katil. Sedar-sedar dah pukul 7 malam. Sebenarnya nak share cerita pasal aktiviti budak-budak Bachelor Account. B.Acc ni terlalu susah & memerlukan pengorbanan masa yang banyak. Huargh! =.=
2 minggu lepas kami ada aktiviti 'Lets Excel with B.Acc' selama 2 hari di Melaka. Aktivitinya adalah slot pengenalan tentang subject-subject yang kami akan ambil untuk setiap semester, sukaneka, slot motivasi dan treasure hunt.
Nama group kami ialah 'WAKQ LU'. Maksudnya 'We Are King Queen Leader United'. Unik tak?? Perasan jap.hehe. Petang tu kami kena buat persembahan tentang nama group & trademark. Lepas tu ada games 'pemberita berkepala 3' & apa lagi entah. Sangat kelakar ok. Kawan-kawan Lily semuanya lucu-lucu belaka. ;p
Lepas asar ada sukaneka. Antara gamesnya adalah kaki batu, bowling special, waterball & cari kad dalam tepung. Kaki Lily ni sakit sungguh la lepas main kaki batu. Main bowling special bola tak jatuh pun.haha. Dah habis games semua ada yang kawan-kawan mandi laut. Nasib baik ms. Henny bagi. Kalau tak kempunan kawan-kawan Lily tu haa.hee
Malam pulak lepas dinner ada games word search & sudoku. Favourite Lily lah sudoku. Group kami group yang pertama siap. Terbaik wok! ^_^ Dah habis semua tu ada game telefon rosak. Group Lily jugak yang menang. Game terakhir untuk malam tu ialah buat persembahan kebudayaan. First time Lily nyanyi depan orang. Malu weh! =.=
Esoknya ada senam robik pukul 7 pagi. Dah habis senam robik ada game reka layang-layang. Group Lily ni kreative sikit. Kami buat wau bulan sebab bosan la nanti semua buat layang-layang.
Lepas breakfast ada slot motivasi. Penceramah tu lecturer accounting di UiTM Melaka. Beliau sangat pandai dan beliau ada berpesan, kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lagi susah dari kita. Kalau kita rasa kita pandai, ada orang lain yang lagi pandai dari kita. Kalau kita rasa kita cantik, ada orang lain yang lagi cantik dari kita.Sangat mendalam maksudnya.
Dalam pukul 11 pagi ada treasure hunt. Seperti biasa, group Lily jugak yang juara.hehe. Sangat happy taw. Lepas lunch ada sesi penyampaian hadiah. Group Lily dapat hadiah category group paling kreatif dan juara keseluruhannya adalah group "WAKQ LU'! Yeay! Suka sangat-sangat. Kami dapat 2 hamper besar dan share untuk 5 orang. Sangat banyak & sampai sekarang tak habis lagi.
nama group tu unik giler..! :D
ReplyDeletemcm best je aktiviti tuh.. kalo IPTS jarang buat mende2 mcm ni
unik n pelik.hehe
ReplyDeletemmg best pn aktiviti tu.
dpt jugak release tension sbb smbg bachelor ni.
maybe ipts ada gak aktiviti cmni tp dgn cara yg lain kot. :)