Saturday, April 2, 2011

final exam semakin hampir!!!


Selamat petang semua! Seperti biasa Lily memang jarang post entry. Rasanya 1 minggu 1 entry. Paling nazak 2 minggu 1 entry. Macam sekarang ni la.Haish. Nak buat macam mana kan sejak sambung bachelor ni hidup semakin busy. Tu belum kerja lagi. Rasanya langsung takde masa nak bace blog kot.huhu. Harap-harap tak la kan.

Nak share sikit ni. Siapa-siapa yang amek course Bachelor Accounting part 4 kat UiTM boleh share timetable final exam Lily ni. Start lambat habis lambat. Alahai. Lepas tu gap tak banyak. Giler weyh! Macam mana nak study CRG(Corporate Governance), MAF(ManagementAccounting) & FAR(Financial Accounting)??? CRG dah la paper theory & banyak benda kena hafal. MAF & FAR paper calculation dan dua-dua adalah KILLER PAPER untuk sem ni. OMG!!!


Nasib baik study week dah dilanjutkan jadi 1 minggu. So boleh la prepare paper yang gap tak lama tu. Tapi kesian kat adik-adik diploma sebab final exam diorang 1 minggu je. So bayangkan la dalam 1 hari akan ada 2 paper. Kesian-kesian! Harap-harap korang boleh buat especially adik-adik yang final year.

Lily start cuti semester 10 May after paper FAR. Lepas tu cuti selama 4 bulan sampai la 12 September sebab ada perubahan intake bagi semua IPTA. Masak la dok rumah. Tapi rasanya kerja / praktikal kot. Maybe kat Bursa Malaysia under Finance Department. Kakak recommend kan sebab dia kerja situ tapi department lain. So takde lah membazir masa kan. Dapat duit & dapat pengalaman kerja. Harap-harap termakbul la nak praktikal kat situ. :)

Lily bakal convo. Yeay!!! ^_^


Lily convo 19 May nanti. Sidang ke 10 (petang). Geng-geng memang ramai yang sesi petang. So mana kawan-kawan Lily yang sesi pagi tu kami suruh diorang tunggu sampai petang sebab nak tangkap gambar ramai-ramai.Hehe. Kesian mereka! Tak sabar nak pakai jubah, tak sabar nak pegang scroll, tak sabar nak naik pentas. Semuanya tak sabar la! Haha! Ye la penat lelah kita selama 3 tahun dah berbaloi. Alhamdulillah Syukur! :)



Lily akan cuba sedaya upaya untuk Bachelor Accounting ni. Memang orang cakap B.Acc sangat susah & Lily sendiri dapat rasakan. Tapi, walau sesusah mana pun Lily tetap akan bekerja keras. Lily harapkan lulus semua paper & dapat pointer yang bagus sebab makin naik semester makin susah. So masa part 4 ni la kita kena perform sehabis boleh. Ye Lily boleh! Doakan kejayaan Lily ye kawan-kawan! ^_^

Good Luck untuk semua kawan-kawan & blogger yang bakal menghadapai final exam. Semoga Allah memberi rezeki kejayaan kepada kita semua! Amin.

p/s: Ada ke mana-mana photographer yang baik hati boleh tangkap gambar Lily kat Putrajaya pakai jubah convo sambil buat jump shoot & baling topi? Wahh! Berangan sudah! Haha ;D

6 comments:

  1. huhu..samalah ngan Cik Mimie..20 aribulan da stat final da..huuuwwaaa T_T takutnye...hukhukhuk..

    p/s: Gudluck tok K.Lily =)

    ReplyDelete