Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour 2011 Kembali!


Salam petang rabu :) Petang ni Lily free sikit sebab 2 class cancel. Seronok betul. Bukan senang ada class cancel sampai 2 berturut-turut.hehe. Free tak payah pergi class je. Tapi aada banyak kerja yang kena buat. Ada past sem MAF, prepare presentation BEL, assignment CRG & assignment MGT. Busy betul la sejak masuk B.Acc ni. Haish

Berbalik kepada entry Lily hari ini. Anda pernah dengat Earth Hour tak? 3 tahun lepas telah wujudnya Earth Hour ni di Sydney, Australia. Masa tu tak ramai yang bagi sokongan tapi sejak 2 tahun lepas terdapat 35 negara yang turut sama dengan kempen Earth Hour ni. Masa Earth Hour 2010, terdapat 128 negara yang turut sama dalam kempen ni dan ini adalah rekod yang paling tinggi untuk Earth Hour. Tahniah-tahniah! :)


So tahun ni Earth Hour jatuh pada 26 Mac iaitu hari Sabtu ni bermula pukul 8.30 malam. Lily harap kita semua beri sokongan pada kempen ini demi menjaga alam untuk generasi yang akan datang dan mengurangkan masalah-masalah yang tidak diingini. Anda hanya perlu tutup semua lampu, apabila lampu dah dinyalakan, cuba kita fikir sejenak apa yang kita boleh buat lagi demi melindungi alam kita ini.

Pernah dengan WWF tak? Bukannya World Wresting Federation tapi World Wildlife Foundation la. WWF adalah pengasas Earth Hour dan misinya adalah untuk menghentikan masalah-masalah yang boleh menjejaskan alam sekitar kita dan mengajak kita semua bersama-sama hidup dalam kehidupan yang harmoni dengan alam sekitar kita ini. Bagus kan misi mereka! ;)


Dengan ini Lily nak mengajak anda semua untuk sokong kempen Earth Hour ini. Tak susah pun, tutup lampu untuk 1 jam je, lepas tu buka la balik. Rasanya 1 jam business tak rugi sangat pun kan? Bayangkan la kalau kat negara kita ni semua tutup lampu untuk 1 jam, dah banyak yang kita boleh selamatkan. Tu baru 1 Malaysia, belum masuk negara yang lain pulak kan. Fikir-fikir la ye dan selamat beramal! hikhik ^_^

| infomation diambil dari www.earthhour.org |

4 comments: