Tuesday, July 12, 2011

Tinggalkan link blog anda di LSK. Lily nak BW :)

Holla semua. Lily tengah free ni. Actually Lily memang free. So Lily nak blogwalking blog korang semua. Tak kesah la yang lama atau yang baru. Lily nak menziarah blog korang & tinggalkan jejak atau apa-apa yang patut.hehe

So jemput la singgah ye. Tinggalkan link blog korang kat comment box entry ni. Kalau kat shout box nanti takut terlepas pandang je.

Mai la ye ^_^

Perlukan Bantuan Tips Blogging.huhu

Selamat sejahtera semua.. Lily nak buat short entry je. Nak minta tolong sesiapa yang baik hati boleh bagi Lily tips blogging??? I mean tips mcm mana nk buat orang suka baca & macam-macam lagi la.

Lily ni masalah la. Kadang-kadang ada mood nak buat entry kadang-kadang takda. So kepada sesiapa yang baik hati dan rajin boleh tinggalkan tips kat comment box Lily. Dapat bagi sikit pun Lilysangat-sangat berterima kasih(ayat macam desperate pula.huhu)

Tolong ye anda-anda yang budiman :)

Friday, July 8, 2011

Online Shopping

Hai semua! Lily nak jemput ladies di luar sane singgah ke online shoppe Lily and kawan. Korang boleh ke SINI ye. Nama online shoppe tu Inia Fashionatte. Harap korang bagi support la ye.

Harga semua sangat berpatutan & confirm korang tak rugi. Bawah ni Lily sediakan gambar barang-barang yang Lily jual.



| Antara baju ready stock. Price below RM 50/pcs |
:: Nak tengok lagi sila click sini ::


| Yang ni pre order. Price below RM 55 |
:: Nak tengok lagi sila click sini ::


| Pre Order Shoes. Price Below RM 70 |
:: Nak tengok lagi sila click sini ::


| Antara Satin Shawl. Price RM 25/pcs |
:: Nak tengok lagi sila click sini ::


| Shawls. Price RM 23/pcs |
:: Nak tengok lagi sila click sini ::


Jom la singgah online shoppe Lily. Akan datang akan ada banyak lagi barang-barang yang menarik & harga yang berpatutan. Jangan lupa LIKE skali ye. Thankies ^_^



Saturday, June 25, 2011

Review Samsung Galaxy Super LCD i9003



Selamat tengah hari semua! Wah lama sungguh Lily tak update blog Lily ni. Bukan bersawang tapi berkulat dah.huhu. Ok2. Pagi ni Lily nak share sikit tentang smartphone Samsung Galaxy SL i9003 atau dikenali sebagai Samsung Galaxy SL.

Dah hampir 3 minggu Lily guna Galaxy SL ni. Not bad la! Harga?? Not not bad jugak la.haha. Ada la dalam RM12++. Not bad or very bad??hehe. Takpe sekali sekala keluar duit kan. Lagi pun memang berbaloi kalau ada sesiapa yang teringin nak guna smartphone dengan harga yang berpatutan dan ada banyak application yang menarik.

Jom usha sikit tentang smartphone ni:

1. Screen sebesar 4 inci dan menggunakan teknologi Super LCD.
2. Os Android 2.2 (Froyo)- Boleh upgrade ke 2.3
3. Ada camera di depan dan belakang. Depan (VGA) dan belakang (5 MP).
4. Sangat besar dan nipis.
5. Nak tahu lebih banyak baca sini.hehe




Maaf la Lily bagi review sikit je tapi korang boleh usha kat website yang Lily bagi ataupun pakcik google untuk tahu lebih lanjut sebab Lily baru je tahu guna sikit-sikit. Teruk kan??huhu. Tapi bagi Lily memang berbaloi kalau ada sesiapa teringin nak guna. Sekarang pun dah ada macam-macam smartphone kan. Cuma tinggal duit je kena ada.hehe.


| Gambar menggunakan camera depan |

p/s: Abaikan orang dalam gambar tu.hehe ^_*




Wednesday, June 1, 2011

Tips lindungi diri dari penyimbah asid


Apa cerita dengan penyimbah asid sekarang ni ye?? Diorang tak kena tangkap lagi kan. Seram weh dengar pasal asid nih. Diorang selalu kat area KL kan, haritu ada yang cakap diorang kat area Seri Kembangan. Adik Lily cakap dia merata-rata sekarang, ada sorang budak kat Cyberjaya kena simbah asid.haish. Takut giler seyh!!!

Tadi Lily tengok WHI kat TV3. Tetamu jemputan En. Kamarul Afendi, dia kongsikan tips-tips untuk mengelakkan diri dari penyimbah asid.

Antaranya:

1. Hati-hati kalau nampak ada 2 orang naik motor & meragukan.
2. Kalau tengah berjalan kaki tu, jalan dengan kawan-kawan & jangan sorang-sorang.
3. Jalan kat tepi-tepi jalan dan jangan ketengah jalan sangat kalau korang tengah jalan kaki.
4. Sentiasa bawak pepper spray.
5. Bawak air untuk cuci muka (kalau kena asid)

Antara tips yang Lily baca dalam surat khabar adalah:

1. Kalau berjalan kaki tu kena pakai payung.
2. Pakai sun glasses
3. Kalau boleh pakai top sekali
4. Bawak air (sama macam tips kat atas)
5. Kalau naik kereta tu, make sure jangan bukak tingkap.

Kepada kawan-kawan semua, hati-hati la ye. Diharapkan tips2 kat atas tu boleh membantu. Ada orang cakap penyimbah asid ni intai perempuan melayu yang free hair. Tak kisah la betul ke tak, yang penting korang yang berjantina perempuan tu kena sentiasa berhati-hati.

| p/s: Ada yang mengatakan salah satu no flat motor penyimbah asid tu WPV 4963 |