Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Tinggalkan link blog anda di LSK. Lily nak BW :)

Holla semua. Lily tengah free ni. Actually Lily memang free. So Lily nak blogwalking blog korang semua. Tak kesah la yang lama atau yang baru. Lily nak menziarah blog korang & tinggalkan jejak atau apa-apa yang patut.hehe

So jemput la singgah ye. Tinggalkan link blog korang kat comment box entry ni. Kalau kat shout box nanti takut terlepas pandang je.

Mai la ye ^_^

Perlukan Bantuan Tips Blogging.huhu

Selamat sejahtera semua.. Lily nak buat short entry je. Nak minta tolong sesiapa yang baik hati boleh bagi Lily tips blogging??? I mean tips mcm mana nk buat orang suka baca & macam-macam lagi la.

Lily ni masalah la. Kadang-kadang ada mood nak buat entry kadang-kadang takda. So kepada sesiapa yang baik hati dan rajin boleh tinggalkan tips kat comment box Lily. Dapat bagi sikit pun Lilysangat-sangat berterima kasih(ayat macam desperate pula.huhu)

Tolong ye anda-anda yang budiman :)

Friday, February 11, 2011

Blog berat sampai laptop hang. Alahai!

Ni men hao?! Maksudnya anda semua apa khabar? 2 hari Lily takda class tak tahu nak buat apa. Asyik duduk rumah tengok tv & online je, mentang-mentang rumah sewa dah ada wi-fi. Tapi esok dah ada plan nak berjalan ke JB untuk shopping. Yeay! ^_^

Ok-ok berbalik pada tajuk. Sejak Lily active blogging ni dah banyak blog yang Lily follow, semuanya cantik-cantik dan certain ada entry yang sangat menarik minat Lily untuk baca. Sampai tiap-tiap hari mesti nak pergi membaca kat blog tu. Anda semua sangat kreatif! :)

Tapi kadang-kadang tu tension jugak. Nak tahu sebab apa?? Sebab ada certain blog lambat je nak loading. Maybe berat la kot sebab Lily pernah baca entry senior blogger yang blog boleh berat kalau ada banyak sangat widget.

Lily bukan nak complain sebab blog Lily pun tak bagus mana, tapi tak salah nak bagi tahu. Mana tak nya, kadang-kadang dah semangat nak baca entry sebab tengok tajuk macam best, tapi lepas tu loading punyalah lama. Mak oii!! Kadang-kadang bila cuba scroll ke bawah laptop terus hang. Haish

Korang semua jangan la marah & banned Lily. Lily just luahkan dan bagi pendapat je. Kalau salah maafkan Lily! Lily suka pergi membaca kat blog korang tapi certain blog tu ada macam-macam benda gerak-gerak la, rasanya benda tu kot yang buat jadi berat. And once again, kalau Lily salah Lily mintak maaf taw taw!!! =.=

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??

Nak join [klik sini]

Saturday, February 5, 2011

Entry kena tiru! W*F!!


Bikin panas betul la! Tengah syok-syok cari idea nak buat entry baru tiba-tiba terbaca 1 blog ni.
Tajuk dah sama & isi pun lebih kurang. Yang penting orang tu bukan follower aku.

Tak tahu la kebetulan dia nak buat entry yang sama ke tak kan, tapi masalahnya entry yang sama tu bukan pasal banjir / Mesir / isu-isu semasa yang possibility entry boleh sama tu tinggi.

Tu lah dia manusia. Suka sangat 'mencuri' walaupun sekadar idea.
Kalau nak 'mencuri' pun agak-agak la kan. Jangan sampai obvious sangat nampak yang kau tu mencuri.

Kalau aku ni salah anggap minta maaf la tapi sape tak bengang kan. Penat-penat cari idea nak buat entry tu tiba-tiba ada pulak yang sama.
Aku bukanlah nak buat trademark sendiri pasal entry tu tapi pelik lah pulak.

p/s: Maaf! Tengah bengang terpaksa guna 'aku' & W*F

Monday, January 31, 2011

Suai Kenal BLOGGER BARU: Edisi Februari..

Tajuk di atas ialah entry terbaru Ben Ashaari ye. Macam tajuknya juga saya memang blogger baru dan saja-saja nak join ruangan Ben. Bak kata orang tengah bertatih lagi ;p

First of all nak comment sikit pasal www.1tube.my. Masa visit 1tube saya rasa macam interesting & designnya simple sangat-sangat. Then saje try search Usher pastu kuar juga videonya.ahhai..

Rasa-rasanya lepas ni boleh la berpindah tapak ke 1tube pulak ye, utube pun ok tapi apa salahnya kita support Malaysia punya kan ;)

Pada pendapat saya, Dunia Blog di Malaysia Semakin Menarik kerana adanya blogger-blogger otai yang support newbies macam saya ni. Dorang ajar macam mana nak improve blog kami yang baru, apa yang patut ditambah dan diubah.

Ada pulak group blogger yang sangat supportive & group member (blogger) pun support kami. Plus ada juga website yang membantu kita untuk mantapkan lagi blog kita semua. Cayalah! ^_^

Sekarang ni ramai blogger yang creative create contest giveaway yang dapat menarik minat blogger lain kat luar sana. Then blogger sekarang ni semakin di pandang tinggi kat luar sana sebab boleh menjana income yang banyak even though tak pernah terlintas pun nak jadikan blogging ni suatu job dorang.

Semoga kami ni boleh jadi seperti mereka yang dah berjaya sebagai blogger :)