Thursday, December 9, 2010

Cina masuk Islam

Saya ni dulu sekolah rendah kat s.j.k (c) so pergi sekolah memang pakai pinafore je la. Sekolah kat kampung & sekolah kat Cheras ni pun sama je tak boleh pakai baju kurung. Tak kira la hari Isnin atau Jumaat, uniform sekolah saya tetap pinafore.

Mase dulu-dulu mana la dapat pergi sekolah cina pakai baju kurung macam budak-budak sekolah cina sekarang ni.

Kelas agama pun pakai pinafore. Paling kelakar belajar solat pakai pinafore jugak ni, kenapa la ustazah tak suruh bawak telekung waktu tu? haih. Dah la 1 kelas ada sorang je student Melayu. Lepas tu pulak, kelas agama clash dengan kelas seni.
So, nak tak nak kena la bergilir-gilir macam suami beristeri dua bahagikan masa untuk isteri pertama & kedua. Minggu ni kelas agama minggu depan kelas seni & seterusnya untuk minggu-minggu akan datang.

Darjah 1 sampai darjah 6 sekolah rendah cina. Naik form 1 buang tukar angin la pulak. Sepatutnya form 1 kat Yuh Hua, Kajang tapi last-last sekolah kat smkbb Sungai Long je. Nasib baik kawan-kawan sekelas masa sekolah rendah pun sekolah kat SL so takda la rasa jaki janggal sangat.

Ok ni kisah hari pertama masuk form 1. Baju baru yang kakak saya beli adalah pinafore & baju kurung. Kenapa ada pinafore??? Haa disebabkan kakak-kakak dulu sekolah kat convent so mereka tak tahu yang sekolah kebangsaan tak boleh pakai pinafore untuk pelajar Melayu. Tapi nasib baik hari pertama form 1 saya pakai baju kurung. Nampak sopan sikit tapi tanpa tudung.

Masa perhimpunan tu saya terkejut ungka sebab takda sorang pun pelajar Melayu yang tak pakai tudung. OMG! Ok buat-buat bodoh je la masa tu. Lepas tu pengetua bagi ucapan. Pengetua cakap pelajar Melayu wajib pakai tudung. Oh tidak! Mana aku nak cari tudung ni??? ARGH! Lepas tu masuk kelas masing-masing & berkenalan dengan kawan-kawan. Ok nama saya Norli & bla bla bla.

Hari kedua, jangan terkejut saya pergi sekolah pakai tudung. Tapi tu la, tudung senget-benget macam mak cik jual kuih je. Lantak la apa orang nak cakap, yang penting aku belajar pakai tudung.

Masa dalam kelas tiba-tiba classmate nama Halim datang. Dia tanya 1 soalan yang saya takkan lupa sampai bila-bila. Halim cakap, "Eh, kau baru masuk Islam ke?? Kenapa semalam tak pakai tudung tapi harini kau pakai tudung pulak?!". Isk kau ni Halim tanya soalan bodoh pulak. Saya jawab je, "aku tak tahu yang sekolah ni kena pakai tudung." lepas tu dia boleh bantai gelak macam beruk. Sabar je mak cik.haih

Disebabkan peristiwa tu, saya terus belajar pakai tudung sampai la cantik jadinya. So tiada lagi masalah bertudung atau pinafore.

[Gambar kenangan masa form 5. Okay la kan pakai tudung macam tu.hehe]



[Yang ni masa Pre Graduation Night form 5]

Sekian. Xie Xie ;)

2 comments:

  1. haha lawak seyh . pengalaman mase skolah yg plg sweett . dulu isma skola rendah pun xpakai tudung ly. naik form 1 baru pakai. tapi comel la lily pakai tudung. btl ni xtipu. :))

    ReplyDelete
  2. nasib baik ly xde snap pic pkai tudung mase form1.
    klu ade rasenye buruk sangat2 kot.haha

    ReplyDelete