Tuesday, December 7, 2010

Boyfriend 'Saya'

'Saya' ada bf? Awak ada? Takda kan? Gila busuk perangai macam ni weh! Macam budak kecil dapat hadiah, "kita dapat barbie ayah kita bagi" haha.

'Saya' ada bf nama dia *tutt*. Dia hensem, hot-to-go, kaya & sangat perfect. Senang cerita 'saya' suka la bapok lelaki macam ni. My taste nyah! haha.

Nak share sikit pasal bf 'saya' ni. 'Kami' couple 1 sekolah. Dulu 'kami' kawan biasa je. Entah macam mana 'dia' boleh suka 'saya' & 'saya' pun boleh suka kat 'dia'. hikhik.

Mula-mula 'kami' kawan macam biasa, bila lama-lama dia propose 'saya' & 'saya' say "yes"! Lepas tu 'kami' jadi hot couple di sekolah 'kami'.

Mula-mula couple semuanya wangi.

Kentut busuk cam sampah pun 'saya' tetap sayang.

'Dia' suka cakap lepas & 'saya' selalu jadi mangsa 'dia'. 'Saya' tetap cool walaupun 'saya' kecil hati.

'Dia' anak orang kaya tapi pelik kenapa 'dia' selalu takda duit & minta duit dari 'saya' sebab 'dia' takda duit nak makan. 'Saya' bagi sebab 'saya' sayang 'dia'.

'Saya' jealous 'dia' suka layan perempuan lain, tapi 'saya' tak marah sebab 'saya' sayang 'dia'.

[Contoh seperti gambar di atas]

Tapi lama kelamaan perangai 'dia' jadi lain. 'Dia' akan ada gf baru bila 'kami' berjauhan. Pernah juga la 'kami' clash banyak kali sebab 'saya' tak tahan dengan perangai 'dia' tapi lepas tu 'kami' couple balik sebab 'saya' sayang 'dia'.

'Saya' pernah cakap pada 'kawan' saya bahawa 'saya' takkan terima 'dia' semula tapi ternyata 'saya' telah jilat semula ludah 'saya'. Busuk sungguh 'saya' ni!

Sekarang ni 'saya' akan buat apa yang 'dia' suka sebab 'saya' sayang 'dia'. 'Dia' suka gf 'dia' nampak seksi, so 'saya' telah berubah menjadi seorang perempuan yang seksi & tak fikir pasal family 'saya'.

'Saya' sanggup ikat pinggang perut simpan duit supaya 'saya' boleh pergi dating & belikan 'dia' hadiah mahal-mahal walaupun kadang-kadang duit 'saya' tak cukup untuk makan. Semuanya demi 'dia'.

--------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya 'saya' kat sini bukan la saya (owner blog ni). 'Dia' bukan bf saya (owner blog ni.) Cerita di atas diadaptasi dari kisah benar. 'Saya' di atas ialah adik bekas bf saya & mereka masih couple sampai sekarang (mungkin la). Saya tak sangka ada juga perempuan pandai bodoh macam dia tu.

p/s: Kepada kawan-kawan saya, elakkan berperangai sedemikian terutama membelakangkan keluarga. Chiow! ^_^

No comments:

Post a Comment