Sunday, December 5, 2010

Chicken + pork = Chicken pox

Haa dah 1 minggu tak update blog ni kan. Mane tak nye badan ni sakit-sakit kene chicken pork pox. Nak bangun pun tak larat macam orang dah lumpuh. Sabtu lepas berkemas rumah macam rumah takde bibik, rajin sangat pulak kau kan. Haa hambik kau lepas tu badan sakit-sakit. Ku ingatkan nak demam biasa / demam denggi sebab sendi-sendi sakit macam dah nak mati sangat.

Isnin petang pergi klinik, lah rupa-rupanya kene chicken pox. Buruk weh dah tua-tua bangka baru kene chicken pox. Hari selasa bermula la merah-merah naik kat badan, sakit kepala macam nak pecah sampai ke mata, demam setiap 5-6 jam, mulut penuh ulcer & badan pedih-pedih. Sangat terseksa okay! Jadi lekas-lekas ambil ubat sapu yg macam bedak sejuk sapu seluruh muka, badan & kaki. Macam mandi ubat sejuk pun ada!

Lepas tu hari ke 6 dah mula kering. Yeay! Mula-mula happy sebab macam dah nak elok tapi bila ubat habis, dia macam nak naik semula. Oh tidak!! So semalam angah belikan air kelapa yang dalam bekas entah ape name dia kat Jusco Cheras Selatan favourite Si Sepet Mirza tu. Bantai la minum habis 1 bekas sebab taknak kene lagi. Harini?? Kat muka masih ada tinggalan Sejarah Komunis & batu bersurat kat badan-badan masih ada.

Ku berharap chicken pox ni cepat la pulih sebelum mak balik dari Mekah & sebelum hari Ahad sebab cousin tunang. Kalau tinggalan sejarah ada lagi, memang tak la aku nak keluar dari rumah ni. Dah macam baik sangat tak keluar rumah sejak cuti semester. Gila kampung sungguh aku ni!

Haa nak bagi ucapan sikit ni, ribuan terima kasih diucapkan kepada angah sebab terpaksa kerja kat rumah & masak untuk orang tua yang sakit ni walaupun lepas tu korang keluar tengok filem Ngangkung tapi aku tinggal sorang-sorang kat rumah.huhu

P/s: Dah 7 hari tak mandi weh sebab chicken pox ni. Aku sayang kulit so aku ketepikan perasaan yang membuak-buak tak suka tak mandi. Harap maklum.

2 comments: