Saturday, April 30, 2011

Katak oh katak,kenapa duduk di bawah tempurung?

Hye semua. Hah ni entry lily yang terakhir untuk bulan ni. Entry yang ke-3. Mak oii! Banyak kan entry lily untuk bulan ni. Haish. Almaklum budak baru masuk belajar. Yang ada 2 haritu pun sebab nasib baik ada masa luang sikit. Takpe-takpe. Biarkan je.hehe


Pagi tadi Lily pergi Melaka saja-saja lepak nak release tension sebab sekarang tengah final exam. Ada gap 3 hari so rehat la kejap. Tadi nak tengok wayang sekali ada Fast Five / Fast & Furious 5 tapi yang bukan 3D. Apa lagi terus la beli tiket. Serious la movie tu memang berbaloi kalau korang pergi tengok. Baru 5 minit dah macam-macam aksi. Langsung takda rase nak tertido / terkencing / ter-ter yang lain lah.haha ;D

Apa pulak cerita pasal katak-katak ni?? Bawah tempurung la kan. Hah ni teman nak kabor sikit. Sepanjang 21 tahun 8 bulan ni lily dah jumpa orang yang pelbagai latar belakang. Kawan-kawan masa sekolah macam mana perangainya, bos & customer pulak macam-macam perangainya & orang-orang lain yang lily pernah jumpa la.

Dengan pengalaman tu dah buatkan lily faham dengan ragam-ragam orang sekeliling. Ada yang kelakar, ada yang sedih & ada yang buatkan kita sakit hati. Tapi tu semua lumrah kehidupan. Pahit manis kehidupan la katakan. Cewahh! ^_^

Apa yang lily nak cakapkan kat sini ialah kita perlu bergaul dengan masyarakat or in other word bersosial. Tapi bukan la pergi bersosial macam clubbing pulak kan. Kita duduk kat sini kita kawan dengan orang ni, kita duduk kat sana kita kawan dengan orang sana sebab masing-masing ada perangai masing-masing. Kita kena hormat dia, dia kena hormat kita. Takkan kita nak berkawan dengan sorang dua tu je. Otak langsung tak berkembang lah macam tu.

Dah bersyarah macam lecturer tak bertauliah kan??Haha. Habis la! Actually lily tengah fikir kalau nak kerja masa cuti sem 4 bulan nanti. Mesti lagi banyak ragam pelik-pelik. Masa jadi promoter Hotlink dulu pun dah pernah kena marah dengan customer, so benda tu dah buat lily fikir untuk faham orang lain. Kalau kita faham mereka, insyaAllah mereka faham kita. Tapi kalau dia tak faham kita, jawapannya lantak pi la.haha ;)

Kalau nak tanya siapa punye kawan paling ramai mesti semua orang nak mengaku diri dia kan?? Tapi ramai ke kawan-kawan yang korang selalu jumpa? Kalau setakat kat fesbuk rasanya disqualified kot sebab korang interact di alam maya. Wah! Kalau jumpa kan lagi best. Senang cerita otak memang sangat berkembang & bukannya sempit je macam katak duduk kat bawah tempurung tu.Haha

Macam Blogger lain pun selalu je ada gathering kan, dekat situ mereka boleh dapat lagi ramai kawan & kenal mereka. Rasa seronok kot, lily je tak dapat nak join sebab lily kat gua Segamat ni tapi korang selalu buat kat area KL / Putrajaya / belah atas sana tu. Siap photoshoot la, vlog la sangat jealous ok.Huhu. Harap-harap cuti sem nanti kalau korang ada buat gathering lily nak join la. Boleh ke Blogger-blogger yang lain??? ^_^

So kawan-kawan, lily harap korang tak jadi katak bawah tempurung ye. Kita kena sporting kan baru la seronok hidup ni. So mari kita enjoy! Hihi ;D


2 comments: