Wednesday, February 9, 2011

Penangan Sky Juice!

Hola-hola!! 2 hari tak update blog kira lama tak?hehe. Maaf lah kelas dah start macam biasa so terpaksa bercerai seketika dengan blog ni. Dah la Isnin skip class yang full, so dapat pergi class hari Selasa & Rabu je. Tadi classmate cakap esok takda class. Yahoo!! 4 hari takda class, seronoknya!!! ^_^

Semalam singgah pasar kat dalam UiTM beli makanan untuk dinner & beli air mata kucing. Rasa dia?? Perghh! Terbaiklah! Rasa air kosong letak air gula oleh orang kedekut plus warna air orang tak ikhlas. Complete package! Lepas tu terus balik rumah sewa.

Disebabkan 1 minggu cuti, stok air masak dah berkurangan. Yang ada pun ais kosong dalam peti sejuk, nak tak nak terpaksa la minum air sejuk malam-malam untuk dinner. Mula-mula minum ok, lepas makan tu duduk depan tv & bawah kipas yang sangat laju buat assignment ramai-ramai.


Lepas 3 jam, ambik kau bersin tak henti-henti macam nak tercabut hidung! Telinga & lelangit gatal, hidung merah & air mata meleleh. Maybe sedih kot kalau kene flu.hehe. Lepas tu apa lagi, makan ubat selsema plus minum air panas & masuk bilik sambung buat assignment.

Sambil buat assignment tu bersin tak henti-henti. Rasanya jiran sebelah boleh dengar kot. Opps! Lepas setel assignment, off netbook & baring-baring sebab tak tahan sangat. Dalam 12.15 malam terus tidur dengan lenanya sampai la pukul 6.45 pagi. Nyenyak teramat sangat!

p/s: Pagi tadi ada presentation, langsung tak prepare apa-apa. Redah je tadi & nasib baik group presentation.hehe ^_^


2 comments:

  1. Orang kat pasar malam pun kenkadang buat camtu..rasa air ntah apa-apa..nyampah..thanks for folo kiter kembali..
    INA NAZIR

    ReplyDelete