Tuesday, February 1, 2011

Pantang-larang Orang Tua-tua

Korang pernah kena marah tak bila korang nak buat satu benda tu jap lagi mak / nenek marah.

"Hey, mana boleh buat semua ni. Orang tua-tua memang pantang!".

Itu lah dialog yang akan keluar dari mulut mereka.

Antara pantang-larang yang lazim didengari adalah:

1. Jangan potong kuku malam-malam

2. Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul

3. Pinggan ada isi makanan kita tak elok ditindihkan

4. Jangan buka payung dalam rumah nanti petir kilat

5. Kalau baring meniarap jangan naikkan dua-dua kaki ke atas

6. Jangan bangun lepas matahari naik nanti mahal rezeki

7. Jangan sapu sampah dalam rumah waktu malam nanti rezeki lari

8. Jangan tengok cermin yang dah pecah nanti kahwin muka tak berseri

9. Jangan makan menatang pinggan, nanti orang yang kita sayang tinggalkan kita

10. Anak dara tak elok menyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua

Adakah pantang-larang semuanya logik di fikiran atau hanyalah sekadar cakap-cakap aje???
Mungkin ada yang benar dan ada yang sekadar untuk menakutkan kita sahaja. Ye la mungkin orang tua kita nak kita jadi lebih sopan tu yang macam-macam pantang-larang keluar kan.hehe ^_^

Nantikan entry seterusnya tentang.............

Belum tahu lagi :p

No comments:

Post a Comment