Monday, January 31, 2011

PTPTN / YNS / YS / PAMA / BANGKAK

Peningnya nak buat pilihan mana satu la. Oh ye sebenarnya tengah buat pilihan nak ambil loan dekat mana satu ni. Masa diploma dulu tak payah susah-susah fikir sebab kakak sponsored. Biasiswa? Maafla saya ni bukan budak genius, saya orang yang sederhana pandai je. Tak layak pun ^_^

Bila dah bachelor ni yuran makin mahal & kena duduk rumah sewa lagi banyak nak guna duit. 1st sem yuran je dah RM700, campur duit rumah & duit buku semua ada la dalam RM1500 habis. Duit makan & wifi tak campur lagi, tu pun dah berapa pulak nanti.

Pasal loan pulak haritu dah submit form PTPTN tapi belum sign agreement lagi. Yayasan Negeri Sembilan(YNS) pulak belum poskan formnya. Yayasan Pelajaran Selangor (YS) macam rumit je bila tengok kat syarat-syaratnya. Yayasan Negeri Selangor macam ok tapi tak boleh register online.

Syarat-syarat yang rumit tu macam leceh je nak minta tanda tangan Pegawai sana sini. Kalau ADUN je takpa juga la. Sijil-sijil lampiran semua dah setel tinggal kena hantar pos je.haish. YPJ memang tak layak la sebab lahir je kat Johor tapi menetap di Selangor.

Kalau PAMA pula PA dah takda tinggal MA je. Tapi MA tak keja & dah tua, kesian pulak. BANGKAK adalah abang kakak.hehe. Short form ni semua housemate yang ajar, padahal dah habis blur pama & bangkak tu apa. Sengal-sengal!huhu. Minta abang kakak pun ok tapi macam tak ok pula. Mengada kan?!

Tapi takpa la. 2 minggu lagi PTPTN datang UiTM nak sign agreement, cuba nasib jela nanti. Kalau ada rezeki dapat la, kalau tak dapat boleh cuba lain kali.hehe. Praktikal 4 bulan masa cuti sem ni pun boleh simpan duit kan. Kalau boleh la ^_^

Kepada peminjam PTPTN, kalau dah kerja tu jangan lupa bayar balik ye. Kalau tak nanti jadi macam dalam iklan tv tu. Kalau yang nak sambung study jangan lupa hantar borang penangguhan bayaran ye :)

No comments:

Post a Comment