Hye/apa khabar/ni hao ma/vanakem?? Terasa macam orang gila cakap sorang-sorang sebenarnya. Tapi tidak mengapa la kerana diri ni macam femes sangat kawan-kawan suruh buat blog(jangan perasan boleh?). Atas permintaan Akma Rosle dan Anne Jaini maka lahirlah single saya yang pertama bertajuk, "orang gilak".
Tanpa menunjukkan kad pengenalan diri maka saya akan terus bercerita dan bercerita tanpa haluan dn mengikut jalan yang songsang.huaarrgghh! "Kacak" kan blog saya yang sebenarnya dah lama siap?? Hitam manis bagai kuih benderam Anne yang rangup.
Disebabkan hari ni baru habis paper audit yang RBM "rebus boleh mati" maka dengan perasaan yang sangat bosan dan busuk saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli yang berhormat di bawah bumbung twitter.
Yeay! Saya ade follower(s).Lebih dari satu kira banyak juga kan kan? Terima kasih Akma Rosle sudi layan saya di twitter dan ajar saya copy screen.Bodoh sungguh saya ni! Aktiviti selanjutnya adalah memuat turun lagu-lagu 2ne1 yang akan menyebabkan "beruk band" saya ini mengurangkan kelajuannya. Ye terima kasih Encik Celcom.
p/s: Akma, rajin kau update blog ye. Buatkan aku punya sekali.hehe
alow ma friend! single ni besh wowh!
ReplyDeletekacak gilak!
wahhh..cuti sem jangan lupe hupdate blog ya..saya menunggu dan terus menunggu!
(pesanan penaja)